Quarter 1 2021 Training untuk Staf Pusat Internet Komuniti
28 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mac 2021 lepas, telah berlangsungnya Q1 Staff Training 2021 bagi 4 buah Pusat Internet Komuniti yang tersenarai iaitu Pusat Internet Komuniti Sebandi Ulu, Pusat Internet Komuniti Kg. Jerijeh, Pusat Internet Komuniti Kg. Bako dan Pusat Internet Komuniti Braang Bayur. Semua staf termasuk Pengurus dan penolong Pengurus turut serta dalam training kali ini yang bertempat di Pusat Internet Sebandi Ulu, Kuching Sarawak.
Pihak Sprintz Designs (SD) telah bawakan seorang Trainer yang berpengalaman iaitu Encik Arif Osman dari YES Academy untuk kendalikan kursus pada kali ini. Tajuk untuk kursus kali ini adalah Online Marketing 1.0 (Basic). Tiga perkara penting yang diajar untuk disampaikan kepada usahawan adalah usahawan perlu mengenali produk yang dijual, mengenali prospek, mahir dalam copywriting dan pemilihan platform pemasaran yang sesuai. Kursus berlangsung sekitar jam 8.00 pagi dan berlangsung selama 8 jam ini turut diselit aktiviti individu untuk membuat copywriting dalam media sosial Facebook. Peserta yang hadir turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: