Training untuk Staf Pusat Ekonomi Digital
16 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2021, telah berlangsungnya Staff Training 2021 bagi 4 buah Pusat Ekonomi Digital yang tersenarai iaitu Pusat Ekonomi Digital Sebandi Ulu, Pusat Ekonomi Digital Kg. Jerijeh, Pusat Ekonomi Digital Kg. Bako dan Pusat Ekonomi Digital Braang Bayur secara maya melalui aplikasi Microsoft Team. Pihak Sprintz Designs (SD) telah melantik seorang Trainer yang berpengalaman iaitu Encik Arif Osman dari YES Academy untuk mengendalikan kursus pada kali ini.
Tajuk kursus kali ini adalah Mobile App Development. Tiga perkara penting yang diajar untuk disampaikan kepada komuniti adalah mencipta landing page, membangunkan aplikasi mudah alih dan menerbitkan landing page ke aplikasi google. Kursus berlangsung sekitar jam 8.30 pagi dan berlangsung selama 8 jam ini turut diselitkan dengan latihan individu iaitu mencipta landing page mengikut kreativiti masing-masing. Peserta yang menyertai turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: