Pendaftaran Pelajar Dan Pengenalan Portal Program Maxis EKelas

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh telah mengadakan sesi pendaftaran dan pengenalan portal Program Maxis bagi pelajar tahun 6 dari SK Abg Buyuk Jerijeh. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan pembelajaran kepada murid/pelajar selepas habis waktu persekolahan. Sesi ulangkaji turut dilaksanakan bagi menambah ilmu yang sedia ada sebelum menghadapi peperiksaan nanti. Diharapkan program ini dapat melahirkan murid/pelajar yang lebih berilmu bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam dunia teknologi digital.

Program berlangsung sekitar Jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Sesi ini turut diselitkan dengan taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul. Peserta adalah seramai 3 orang yang terdiri daripada pelajar Sk Abg buyuk. Pelajar turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali