Kelas Microsoft Office Powerpoint (Poster Hari Guru)

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2021, Kelas Microsoft Office Powerpoint telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bagaimana membuat poster menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Peserta telah diberi taklimat ringkas tentang Microsoft Office Powerpoint dan fungsinya. Bersempena dengan sambutan Hari Guru SK Abg Buyuk Jerijeh, murid ditugaskan untuk menghasilkan satu poster Hari Guru yang bertemakan “Berilmu Beramal” untuk dihantar kepada guru kelas masing-masing.

Peserta terdiri daripada 2 orang murid tahun 6 dari SK Abg Buyuk Jerijeh. Kelas ini berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.00 petang. Murid turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali