Penyerahan Pakej Remaja
12 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Disember 2021, sebanyak 75 unit Pakej Remaja telah diserahkan kepada remaja lingkungan umur 17 hingga 21 tahun di daerah Tanjung Manis. Pakej ini adalah usaha kerajaan untuk memberi kemudahan kepada pelajar khususnya untuk mereka melakukan sesi pembelajaran secara atas talian PDPR. Sasaran untuk pakej ini adalah golongan B40. PEDi Kg Jerijeh telah dipilih sebagai wakil dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyerahkan pakej ini kepada pelajar yang terpilih. Semoga pakej ini dapat memudahkan urusan pembelajaran pelajar yang telah menerima pakej ini. Penyerahan pakej ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka 3 ply dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: