Kelas eLearning PDPR bersama pelajar tahun 6 SK Abg Buyuk Jerijeh
3 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 2 Mac 2021, 4 orang pelajar dari SK Abg Buyuk telah menggunakan perkhidmatan internet di PIK Kg Jerijeh bagi menyiapkan tugasan dalam bentuk ujian sekolah yang diberikan oleh cikgu melalui apliksi Kahoot. Pelajar telah dibimbing oleh staf yang bertugas untuk membuka pautan yang telah disediakan. Pendedahan ini adalah bagi bertujuan untuk pelajar lebih memahami bagaimana untuk membuka pautan dan menjawab soalan secara atas talian. Pelajar juga dingatkan supaya memanfaatkan perkhidmatan PIK yang sediakan dengan sebaiknya.
Semenjak situasi pandemik Covid-19, pelajar amat digalakkan ke PIK untuk belajar ICT disamping meningkatkan pengetahuan dalam pelajaran seiring dengan saranan kerajaan untuk lebih mengetahui kaedah pembelajaran dalam talian (PDPR). Kelas berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Pelajar turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: