Mesyuarat pembubaran dan pelantikan AJK baru sesi 2021

17 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2021, Mesyuarat pembubaran dan pelantikan AJK baru sesi 2021 bagi Kluster Menarik di Tanjung Manis, Matu dan Daro (MTMMD) telah dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi Zoom. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 7 Pusat Internet Komuniti yang sertai oleh 13 orang peserta. Pada mesyuarat ini, ahli jawatankuasa untuk 2020 telah dibubarkan dan dilantik semula ahli jawatankuasa baru untuk sesi 2021. Perlantikan dilakukan dengan membuat undian dengan memilih nombor pada kertas yang mempunyai ketetapan jawatan yang disediakan.

Mesyuarat ini dilakukan secara atas talian adalah disebabkan keadaan semasa yang masih berada dalam situasi PKPB di sarawak. Pada mesyuarat ini juga, aktiviti yang akan datang turut dibincangkan mengikut arahan dari SKKM dari masa ke semasa. Peringatan kepada staf untuk mengamalkan norma baru dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam bekerja juga dikongsi kepada semua staf. Mesyuarat ini berlangsung selama 2 jam dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali