Membuat logo menggunakan Microsoft Powerpoint
15 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 Febuari 2021, perkongsian topik cara untuk membuat logo menggunakan Microsoft Office Powerpoint telah diadakan oleh staf PIK Kg Jerijeh secara rakaman menggunakan aplikasi Screencast-O-Matic. Pada perkongsian ini, staf telah berkongsi tentang pengenalan Microsoft Office Powerpoint, pemilihan font, saiz font, insert word dan gambar.
Pada perkongsian ini, staf PIK telah memilih untuk membuat logo Kampung Belawai dengan pemilihan ikon yang sinonim dengan tempat ini. Setelah logo siap, staf mengajar cara untuk save logo tersebut dalam format PNG. Sebelum tutorial bermula, staf PIK juga telah menyelit taklimat ringkas advokasi dengan topik Check Your Label. Video tersebut dirakam bermula pada jam 10.00 pagi yang berlangsung selama 1 jam dan dimuatnaik ke dalam Facebook rasmi PIK pada jam 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: