Program Maxis EKelas Klinik SPM

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh telah mengadakan Klinik SPM yang dibawakan oleh Program Maxis EKelas dimana kelas secara Live menggunakan platform Zoom dan Youtube bagi pelajar SPM 2021. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan belajar untuk membuat ulangkaji diluar waktu sekolah. Sesi ulangkaji turut dilaksanakan bagi menambah ilmu yang sedia ada sebelum menghadapi SPM nanti. Sesi ini disampaikan oleh cikgu yang berpengalaman yang dilantik oleh Maxis. Diharapkan program Maxis eKelas ini dapat melahirkan murid/pelajar yang lebih berilmu bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam dunia teknologi digital.

Program berlangsung sekitar Jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Kelas ini turut diselitkan dengan taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul. Peserta adalah seramai 3 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai. Pelajar turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali