Asas Youtube Channel
17 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2021, kelas asas Youtube Channel telah dilaksanakan yang mana melibatkan 2 orang pelajar SK Abg Buyuk dari Kampung Jerijeh Baru. Peserta telah diajar untuk mencipta email dan Youtube Channel. Pendedahan ini adalah bagi bertujuan untuk pelajar lebih memahami bagaimana perkongisan video Youtube dapat terhasil dan memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi maklumat berbentuk video dari sudut pelajaran dan maklumat semasa untuk pengetahuan umum. Peserta juga dingatkan supaya hanya berkongsi video yang berunsur positif dan tidak mendatang kesan kepada umum bila menonton.
Semenjak pandemik Covid-19, pelajar amat digalakkan ke PIK untuk belajar ICT disamping meningkatkan pengetahuan dalam pelajaran seiring dengan saranan kerajaan untuk lebih mengatahui kaedah pembelajaran dalam talian. Kelas berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: