Kelas Asas Facebook Untuk Perniagaan
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2021, staf PIK Kg Jerijeh telah membuat kerja luar kawasan bagi mengadakan kelas bimbingan untuk usahawan di lokasi berdepan dengan SMK Belawai, Kampung Jerijeh Baru. Peserta adalah seorang usahawan menjual produk ayam panggang, satay, ikan bakar, dan air minuman. Peserta telah diajar cara menggunakan medium Facebook sebagai medium pemasaran, urusan menjual dan membeli. Setelah menjalani kelas tersebut, kini usahawan tersebut mempunyai keyakinan tinggi untuk menggunakan medium facebook sebagai kedai perniagaannya.
Kelas ini berlangsung selama 2 jam dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Pada kelas ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada program ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: