Latihan Jualan dan Asas Pemasaran Digital

30 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2021, latihan Jualan dan Asas Pemasaran Digital telah diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom Meet yang dianjurkan oleh Ehsan Plant & Property Sdn Bhd dengan kerjasama Yes Academy yang mana program latihan ini sejajar dengan keperluan pemasaran digital pada masa kini. Latihan pemasaran digital adalah untuk golongan B40 mempelajari kemahiran tinggi pemasaran untuk mahir menggunakan Internet dan teknologi web untuk mencapai dan mempengaruhi pelanggan yang disasarkan dalam bidang perniagaan/pekerjaan di Malaysia. Latihan ini akan berlangsung selama 5 hari dari 29 November 2021 hingga 3 Disember 2021. Pada 29 November 2021, tajuk latihan adalah:

Pada latihan atas talian ini, terdapat 2 orang usahawan menyertai yang terdiri daripada ahli Persatuan Penjaja dan Usahawan Tanjung Manis. Semoga segala input daripada program ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali