Asas Website Menyiapkan Tugasan

6 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Februari 2021, seorang pelajar telah menggunakan perkhidmatan PIK Kg Jerijeh untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Pelajar ini adalah salah seorang pelajar dari UNICORP semester ke 4 dan merupakan belia dari Kampung Jerijeh Baru. Pelajar ini telah menggunakan perkhidmatan internet dan fotostat. Pelajar telah diberi taklimat oleh staf yang bertugas tentang asas website dan cara menggunakan google sebagai enjin pencarian maklumat berkaitan tugasan yang diberikan. Semenjak pandemik Covid-19, pelajar hanya menghadiri kelas dan membuat tugasan secara atas talian.

Kelas berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Pelajar turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali