Pendaftaran MySejahtera Checkins dan Microsoft Office Word
10 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Ogos 2021, 2 orang belia dari Kampung Jerijeh Baru telah diajar tentang pendaftaran akaun MySejahtera Checkins untuk kegunaan premis kedai. Akaun MySejahtera Checkins ini penting bagi memudahkan urusan menjejaki seandainya tempat tersebut berisiko kepada Wabak Covid 19. Selain itu, staf yang bertugas juga telah membimbing peserta tersebut untuk menggunakan Microsoft Office Word bagi menghasilkan menu makanan dan minuman untuk kegunaan di premis tempat mereka bekerja. Peserta tersebut juga dingatkan supaya mengimbas MySejahtera walau dimana tempat dikunjungi.
Kelas berlangsung sekitar jam 12.00 tengah hari dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: