Pendaftaran My Sejahtera
9 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2021, 3 orang pelajar dari SK Abg Buyuk telah diajar tentang pendaftaran akaun My Sejahtera untuk kegunaan pelajar tersebut jika memasuki premis, masjid, kedai runcit, sekolah dan sebagainya. Akaun My Sejahtera ini penting bagi memudahkan urusan menjejaki seandainya tempat tersebut berisiko kepada Wabak Covid 19. Pelajar juga dingatkan supaya mengimbas My Sejahtera walau dimana tempat dikunjungi.
Kelas berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.
Pelajar turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: