Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (Asas Menaip)
1 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 1 Januari 2021, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (Asas Menaip) telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat latihan menaip artikel yang telah disediakan oleh PIK Kg Jerijeh.
Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 3:00 petang. Kehadiran adalah seramai 2 orang peserta daripada SK Abg Buyuk Jerijeh.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: