Asas website Google Meet (Kursus Pengendalian Makanan atas talian)
8 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 Ogos 2021, kelas bimbingan cara menggunakan aplikasi Google Meet telah dilaksanakan yang mana melibatkan 1 orang peserta dari Kampung Jerijeh baru bagi menghadiri Kursus latihan pengendalian makanan yang dikendalikan oleh Syarikat Elazna Service Management. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada usahawan sekitar PIK untuk mendapatkan sijil pengendalian makanan terutamanya bagi usahawan yang mempunyai perniagaan berasaskan makanan.
Semenjak pandemik Covid-19, aplikasi Google Meet ini amat penting untuk kita berkomunikasi secara jarak jauh lebih-lebih lagi melibatkan urusan pekerjaan.
Kelas berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka (3 ply) dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: