Temu Duga Dalam Talian Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred 41

9 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 November 2021, telah berlangsungnya sesi temu duga Talian Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred 41 secara dalam talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams. Calon temu duga ini adalah terdiri daripada lepasan/graduan dari Kampung Belawai. Jawatan ini adalah usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.30 petang dan berlangsung selama 1 jam ini ditemuduga oleh pihak Surahanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sepanjang sesi ini berlangsung, turut diselit taklimat ringkas Klik Dengan Bijak (KDB) berkenaan Penyalahgunaan Internet, iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali