Progam Maxis eKelas - Misi Jelajah Digital eKelas

9 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 November 2021, seorang pelajar telah hadir ke PIK Kg Jerijeh untuk menyertai Misi Jelajah Digital eKelas 2021. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 31 November 2021 dan terbuka kepada pelajar berumur 10 - 17 tahun (Tahun 4 hingga Tingkatan 5). Mereka yang mendaftar untuk menyertai pertandingan ini turut akan menerima mata kredit pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) sambil berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk komputer riba, peranti mudah alih, baucar dalam talian dan sebagainya. Selamat berjaya kepada pelajar yang telah menyertai. Sesi bimbingan ini berlangsung selama 2 jam dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pada sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Pelajar turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka (3 ply) dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali