Program sembang santai sesi 5 Mivo: Sukarelawan Untuk Semua 2021

8 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2021, Program sembang santai sesi 5 Mivo: Sukarelawan Untuk Semua 2021 telah diadakan secara maya menggunakan medium aplikasi Zoom. Program berlansung selama 1 jam dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi hari dan dihadiri oleh 10 sukarelawan MIVO 2021 yang telah mendaftar. Pada sembang santai kali ini, setiap peserta diberi peluang untuk memperkenalkan diri dan berkongsi serba sedikit tentang perkembangan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh Program MIVO sebelum ini.

Peserta turut diberi tunjuk ajar cara untuk menyiapkan laporan di akhir program ini nanti dalam Google Form yang telah disediakan. Setiap program dan aktiviti yang akan dijalankan akan disertakan laporan dan dihantar ke SKMM untuk tujuan semakan dan simpanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali