Pendaftaran Suntikan Vaksin Covid 19 melalui Aplikasi My Sejahtera

7 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 April 2021, terdapat 2 orang komuniti yang berasal dari Kampung Jerijeh Baru telah hadir ke PIK Kg Jerijeh bagi membuat pendaftaran suntikan Vaksin Covid 19 dose pertama. Pendaftaran ini telah dibimbing oleh staf yang bertugas dan turut diberi penjelasan manfaat apabila seseorang mengambil suntikan Vaksin Covid 19 ini.

Sesi yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas Klik Dengan Bijak (KDB). Sesi tamat pada sekitar pukul 11:00 pagi.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali