Pendaftaran pelajar menyertai Misi Jelajah Digital eKelas
6 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Oktober 2021, 3 orang pelajar telah hadir ke PIK Kg Jerijeh untuk menyertai Misi Jelajah Digital eKelas 2021. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
- i. Misi Bumi, di mana pelajar akan menyelesaikan cabaran rintangan dalam dunia Maxis eKelas Roblox yang dibina khas dan menemui ganjaran tersembunyi. Setelah menamatkan cabaran tersebut, mereka juga boleh melayari portal eKelas untuk menyertai siri Roblox Game Development dan belajar cara mengekod dan membina dunia mereka sendiri.
- ii. Misi Marikh, di mana pelajar akan menerokai dunia angkasa dengan merekabentuk kapal angkasa tersendiri dan merancangkan sebuah dunia koloni baru manusia. Mereka boleh menyelesaikan tugasan ini secara melukis dengan tangan, atau dengan mengekod dengan bahasa pengaturcaraan visual Scratch.
Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2021 dan terbuka kepada pelajar berumur 10 - 17 tahun (Tahun 4 hingga Tingkatan 5). Mereka yang mendaftar untuk menyertai pertandingan ini turut akan menerima mata kredit pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) sambil berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk komputer riba, peranti mudah alih, baucar dalam talian dan sebagainya. Selamat berjaya kepada pelajar yang telah menyertai. Sesi bimbingan ini berlangsung selama 2 jam dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang.
Pada sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Pelajar turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka (3 ply) dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: