Pendaftaran pelajar dan pengenalan Portal Program Maxis EKelas

5 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2021 yang lepas, Staf Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh dan pelajar Maxis eKelas telah menyertai sesi Pelancaran Secara LIVE Misi Jalajah Digital. Live ini telah disertai oleh penampilan khas Dato’ Seri Dr. Mazlan Othman, wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Norazla Mustafa dan Dr. Faizulizami Osmin dan wakil dari Maxis eKelas, Encik Herman, Puan Mariam Bevi batcha dan Encik Keith Pereira. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi gambaran dan penerangan tugas MISI Jelajah Digital kepada Cikgu eKelas, staf PIK dan juga pelajar dalam cara untuk menyertai pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan melalui portal rasmi Maxis eKelas kelak. Pemenang aktiviti ini nanti akan merima hadiah daripada Maxis dan juga menyumbang pemarkahan dalam bidang ko-kurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah. Program berlangsung selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali