Program Sistem Perlesenan Perniagaan bersama Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD)

3 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2021, bual bicara bersama tetamu jemputan, Encik Apohrozy Ezrie Eallie selaku Ketua Seksyen Kesihatan, Pelesenan dan Perkhidmtan Bandar Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD) telah diadakan secara maya menggunakan medium aplikasi Streamyard yang dianjurkan oleh PIK Daro. Program berlansung selama 2 jam dari jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan dihadiri oleh PIK Tanjung Manis, PIK Semop PIK Sibujaya, PIK PPR Seduan Rantau Panjang dan PIK Kg Jerijeh. Pengisian adalah mengenai Sistem Perlesenan Perniagaan dan Geran Bantuan Sarawakku Sayang (BKSS). Penerangan yang jelas dari wakil MDMD tersebut telah memberi gambaran jelas kepada staf PIK untuk menyalurkan maklumat kepada usahawan setempat bagi tujuan permohonan lesen dan permohonan Geran tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali