Pendaftaran My Sejahtera

6 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Julai 2021, 1 orang komuniti Kampung Jerijeh Baru telah diajar tentang pendaftaran akaun MySejahtera untuk kegunaan jika memasuki premis, masjid, kedai runcit, sekolah dan sebagainya. Akaun MySejahtera ini penting bagi memudahkan urusan menjejaki seandainya tempat tersebut berisiko kepada Wabak Covid 19. Peserta juga dingatkan supaya mengimbas MySejahtera walau dimana tempat dikunjungi.

Kelas berlangsung sekitar jam 12.00 tengah hari dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali