Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (Membuat Jadual)

3 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 April 2021, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (membuat jadual) telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat jadual laporan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas tamat pada sekitar pukul 3:00 petang. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta daripada Kampung Jerijeh Baru.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Seminar ini telah memberi manfaat kepada semua audiens terutamanya staf PIK untuk disampaikan kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali