Asas website Google Keyword

5 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Januari 2021, kelas asas website bersama pelajar yang menghadiri kelas secara atas talian telah dilaksanakan yang mana melibatkan 1 orang pelajar dari Kampung Jerijeh Baru. Peserta telah diberi taklimat tentang asas website dan cara menggunakan key word untuk mencari maklumat dalam website. Semenjak pandemik Covid-19, pelajar hanya amat digalakkan ke PIK untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran.

Kelas berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali