Asas Website bersama peserta Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

1 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari, telah berlangsungnya sesi kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat secara atas talian dalam portal yang disediakan oleh kerajaan. Peserta adalah terdiri daripada komuniti dari Kampung Jerijeh dari golongan B40. Permohonan ini dipohon adalah berdasarkan pengumuman yang diumumkan melalui dari media massa dah hebahan orang awam.

Kelas yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali