Surat Rasmi

1 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2021, perkongsian topik surat rasmi dalam talian telah diadakan oleh staf PIK Kg Jerijeh secara rakaman menggunakan aplikasi Screencast-O-Matic. Pada perkongsian ini, staf telah berkongsi tentang cara membuat surat rasmi makluman ketidakhadiran pelajar ke sekolah. Surat dibuat berdasarkan kepada format surat yang telah disediakan. Penggunaan tools asas dalam Microsoft Office turut diterangkan secara ringkas.

Video tersebut dirakam bermula pada jam 8.30 pagi yang berlangsung selama setengah jam dan dimuatnaik ke dalam Facebook rasmi PIK pada jam 11.00 pagi.

Staf turut menyarankan masyarakat agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali