Bimbingan Asas e-Commerce(Shopee)
3 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 2 Oktober 2021, staf PIK telah berkunjung ke rumah salah seorang usahawan PIK Kg Jerijeh, Puan Jaina binti Osman, bagi membimbing cara untuk menambah produk di kedai Shopee miliknya. Turut diajar juga bahagian yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh pengguna sebelum membuat pembelian dan memulakan perniagaan di platform Shopee. Teknik untuk menangkap gambar produk juga diajar bagi memastikan gambar produk adalah bersesuaian dan mampu menjadi tarikan pembeli untuk membeli produknya. Sesi bimbingan ini telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pada sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada sesi ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka (3 ply) dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: