Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint

28 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2021, program Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta membuat latihan menghasilkan slide pembentangan secara individu.

Program yang berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.00 petang. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta daripada Kampung Semalau.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali