Kelas ICT Asas Microsoft Office Powerpoint
28 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2021, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Powerpoint telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta membuat latihan menghasilkan slide pembentangan secara individu dengan tajuk “Menarik di Belawai”.
Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 1:00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 2 orang peserta daripada Kampung Belawai.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: