Program Jelajah Komunikasi Strategik

28 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 November 2021, telah berlangsungnya Program Jelajah Komunikasi Strategik yang dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa. Turut hadir ialah Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, YB Datu Haji Len Talif Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia, Dato’ Mohd Sukari Ab. Hamid, Pengerusi SKMM, Dr Fadhdullah Suhaimi Abdul Malek, Pengurus Besar TM Sarawak, Japer Sadiq, Timbalan Pengarah (Kandungan Digital) JaPen, Hashim Bedu, Pengarah Penerangan Malaysia Sarawak, Swady Guiling, Timbalan Pengarah JaPen Sarawak, Aziz Abdul Rahman, pegawai-pegawai kanan daripada jabatan dan agensi KKMM Sarawak, Tuai Rumah Panjang, JKKK, serta Komuniti setempat.

Progam ini dimulakan dengan sesi sebelah pagi iaitu Sembang Warung (Sepakat Komuniti Tanjung Manis) di Pangkalan, Tanjung Manis. seterusnya diikuti dengan Majlis Ramah Mesra bersama Penghuni Rumah Baki dan Pelancaran Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit (VSAT WIFI) di bawah inisiatif JENDELA di, RH Baki, Kampung Sebayang, Tanjung Manis, Sarawak serta lawatan ke Belawai Beach. Pada sesi Sembang Warung (Sepakat Komuniti Tanjung Manis), YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa berpeluang untuk berjumpa dengan peniaga e-dagang tempatan dan penyerahan Pakej Keluarga Remaja untuk remaja sekitar Tanjung Manis. Sebelah petang pula, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa diiringi oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh membuat lawatan ke Belawai Beach. Pada hari berikutnya, lawatan kerja disambung ke kawasan Sare, Kerubong dan Susur Jambu Sarikei, Sarawak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali