Kejohanan Catur e-MSS Sarawak Sports Online Challenge Peringkat Bahagian Mukah Sesi 2

26 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2021 yang lepas, Kejohanan Catur e-MSS Sarawak Sports Online Challenge Peringkat Bahagian Mukah sesi 2 yang disertai oleh Kontinjen SMK Belawai telah diadakan dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh. Pertandingan ini dilakukan secara dalam talian disebabkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan kejohanan ini dilakukan secara bersemuka. Kemudahan yang serba lengkap di PIK telah membantu melancarkan lagi kejohanan ini. Diharapkan pendekatan seumpama ini dapat melahirkan pelajar yang aktif dalam sukan dan secara langsung melahirkan generasi yang berilmu bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam dunia teknologi digital.

Kejohanan ini berlangsung sekitar Jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Sesi ini turut diselitkan dengan taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul. Peserta adalah seramai 8 orang murid yang terdiri daripada murid SMK Belawai.

Guru yang membimbing murid yang menyertai sesi ini turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali