Asas website Google Meet (Sijil Profesionalisme Imam Negeri Sarawak Tahun 2021 – Sesi 2)

26 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2021, kelas asas website aplikasi Google Meet sesi 2 telah dilaksanakan secara online melalui Aplikasi Google Meet yang mana melibatkan 1 orang peserta dari Kampung Jerijeh. Peserta telah diberi taklimat tentang asas website dan cara menggunakan aplikasi Google Meet. Semenjak pandemik Covid-19, aplikasi Google Meet ini amat penting untuk kita berkomunikasi secara jarak jauh lebih-lebih lagi melibatkan urusan pekerjaan.

Kelas berlangsung sekitar jam 8.30 pagi dan berlangsung selama 7 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali