Program Sembang Santai Keusahawanan

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2021, Program Sembang Santai Keusahawanan bersama tetamu jemputan, Puan Faruzzilla binti Mokhtar selaku Pentadbir PIBU SEDC Daro telah diadakan secara maya menggunakan medium aplikasi Streamyard yang dianjurkan oleh PIK Daro. Program berlansung selama 2 jam dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan dihadiri oleh PIK Tanjung Manis, PIK Semop PIK Sibujaya dan PIK Kg Jerijeh. Pengisian adalah mengenai Geran Usahawan PUTERA yang ditawarkan oleh pihak SEDC Sarawak yang mana membincangkan kategori usahawan yang layak memohon dan kaedah permohonan. Penerangan yang jelas dari wakil SEDC Daro tersebut telah memberi gambaran jelas kepada staf PIK untuk menyalurkan maklumat kepada usahawan setempat bagi tujuan permohonan geran tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali