Taklimat bersama Wakil PIK sebagai Penemuramah Kajian Selidik MCMC

15 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2021 yang lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan Taklimat bersama wakil PIK sebagai Penemuramah Kajian Selidik MCMC. Taklimat ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada wakil PIK tentang kajian selidik dan prosedur yang diperlukan bagi menjalankan kajian selidik tersebut. Ia adalah sebuah platform untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia.

Seramai 872 orang penemuramah PIK telah menyertai taklimat ini dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang yang berlangsung selama 6 jam.

Taklimat ini telah memberi manfaat kepada semua penemuramah terutamanya staf PIK untuk disampaikan kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali