Kelas Asas ICT Google

22 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2021, kelas asas ICT Google telah dilaksanakan yang mana melibatkan 2 orang pelajar SK Abg Buyuk dari Kampung Jerijeh Baru. Peserta telah diajar untuk membuka laman sesawang dan Youtube. Pendedahan ini adalah bagi bertujuan untuk pelajar lebih memahami bagaimana untuk membuka laman sesawang dan menggunakan keyword pada Google dan Youtube bagi mencari maklumat yang diperlukan. Peserta juga dingatkan supaya hanya mencari maklumat berkaitan dengan pelajaran sahaja. Semenjak situasi pandemik Covid-19, pelajar amat digalakkan ke PIK untuk belajar ICT disamping meningkatkan pengetahuan dalam pelajaran seiring dengan saranan kerajaan untuk lebih mengetahui kaedah pembelajaran dalam talian.

Kelas berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali