Bimbingan Asas e-Commerce(Shopee)

22 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2021, staf PIK telah berkunjung ke rumah salah seorang usahawan PIK Kg Jerijeh, Puan Asmidah binti Umar, iaitu salah seorang usahawan PIK Kg Jerijeh, bagi membimbing cara untuk membangunkan akaun Shopee untuk tujuan pembelian dan penjualan produk perniagaannya. Turut di ajar juga bahagian yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh pengguna sebelum membuat pembelian dan memulakan perniagaan di platform Shopee. Usahawan tersebut juga telah diajar langkah-langkah pengguna Shopee sekiranya untuk membuat pembelian produk. Sesi bimbingan ini telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pada sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada sesi ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka (3 ply) dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali