Pendaftaran My Sejahtera My Checkins

20 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2021, seorang penduduk tempatan dari Kampung Jerijeh Baru telah diajar tentang cara mendaftar akaun My Sejahtera My Checkins dengan bimbingan staf PIK. Akaun My Sejahtera Checkins ini penting bagi memudahkan urusan menjejaki seandainya tempat tersebut berisiko kepada Wabak Covid 19. Peserta tersebut juga dingatkan supaya mengimbas My Sejahtera walau dimana tempat dikunjungi.

Kelas berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali