Taklimat KDB & Advokasi
20 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Disember 2021, Taklimat KDB & Advokasi sempena Mesyuarat Tahunan AJK Persatuan Usahawan dan Penjaja Tanjung Manis telah dilaksanakan di PEDi Kg Jerijeh yang mana penyertaan adalah terdiri daripada 6 orang AJK dan ahli Persatuan Usahawan dan Penjaja Tanjung Manis. Program ini secara keseluruhannya adalah mendidik semua peserta dalam penggunaan internet yang berhemah dan bertanggungjawab. Program ini secara khususnya mensasarkan semua komuniti sekitar PEDi untuk menjadi pengguna yang berdisiplin tinggi dalam menggunakan teknologi digital yang ada dan mampu memberi kesedaran dan manfaat kepada mereka. Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul.
Program berlangsung selama 2 jam setengah bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka 3 ply dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: