Asas ICT Google Meet (Multimedia Technology & Design)

2 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2021, bimbingan asas ICT aplikasi Google Meet telah dilaksanakan yang mana melibatkan seorang pelajar Jurusan Pengurusan Seni, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berasal dari Kampung Daro bagi menghadiri kelas secara atas talian untuk kelas Multimedia Technology & Design. Peserta telah diberi taklimat tentang asas ICT dan cara menggunakan aplikasi Google Meet. Semenjak pandemik Covid-19, aplikasi Google Meet ini amat penting untuk kita berkomunikasi secara jarak jauh lebih-lebih lagi melibatkan urusan pembelajaran dan pekerjaan.

Kelas berlangsung sekitar jam 2.00 petang hingga 4.00 petang ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka 3 ply dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali