Permohonan Permit Bantuan BKSS 2021
20 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Jun 2021, seramai 1 orang usahawan tempatan dari Kampung Belawai telah dibimbing untuk membuat Permohonan Permit Bantuan BKSS 2021 melalui Whatsapp. Permohonan ini adalah memudahkan usahawan untuk menerima bantuan geran khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 yang telah diumum oleh kerajaan Sarawak untuk Fasa 1, PKP 3.0. Selain itu, pemohon juga dibimbing untuk memuatnaik aplikasi Sarawak Pay dan memasang pada peranti bagi memudahkan urusan usahawan untuk membuat sebarang pembayaran dan menerima pembayaran secara atas talian.
Kelas berlangsung sekitar jam 11.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: