Kuiz pengenalan dan peranan PIK melalui aplikasi quizizz secara atas talian

17 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2021, pihak PIK Kg Jerijeh telah menganjurkan kuiz atas talian menggunakan aplikasi quizizz yang mana kuiz ini adalah menguji tahap kefahaman peserta tentang PIK dan peranan PIK serta Kempen Klik Dengan Bijak (KDB). Seramai 25 orang peserta yang terlibat menjawab soalan ini. Kuiz ini dilakukan adalah disebabkan situasi Pandemik yang tidak membenarkan sebarang program dan Kempen diadakan.

Kuiz ini dibuka dari 9.41 pagi sehingga 3.00 petang. Kuiz ini mendapat sambutan dan mendapat maklumbalas positif dari peserta.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah melalui WhatsApp group. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali