Permohonan Pengeluaran KWSP i-Citra

19 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2021, 1 orang komuniti Kampung Belawai telah dibimbing tentang cara untuk memohon pengeluaran KWSP i-Citra. Bimbingan ini telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Whatsapp. Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat pandemik. Semua ahli yang mencukupi syarat yang telah ditetapkan adalah layak untuk memohon disamping dapat membantu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.

Bimbingan berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali