Temu Duga Dalam Talian Rakan Pupuk PIK Kg Jerijeh

18 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2021, telah berlangsungnya sesi temu duga jawatan kosong Rakan Pupuk PIK Kg Jerijeh secara dalam talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams. Calon temu duga ini adalah terdiri daripada lepasan/graduan dari Kampung Belawai, Kampung Jerijeh dan Kampung Rajang. Seramai 4 orang calon yang telah hadir. Temu duga jawatan kosong ini bertujuan mencari calon yang berkelayakan untuk bertindak sebagai duta digital kepada usahawan setempat.

Program yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini ditemuduga oleh En Serani Kanaidi, wakil dari SKMM cawangan Sibu, Puan Noorly Iza Amir Roslan, wakil dari Maxis dan Puan Maznah Ibrahim, wakil dari Sprintz Designs. Sesi temu duga berakhir sekitar jam 1 petang.

Sepanjang sesi ini berlangsung, turut diselit tayangan berkenaan E-Waste dan juga taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali