Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (Membuat Resume)

18 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2021, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (membuat resume) telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat resume dengan bimbingan staf PIK. Resume yang telah dihasilkan digunakan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perhutanan Sarawak.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.30 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas tamat pada sekitar pukul 3.30 petang. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta daripada Kampung Rajang.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali