Program Maxis eKelas_Sejam bersama Pakar STEM-Berfikir untuk Mereka Cipta

17 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2021 yang lepas, pelajar program Maxis telah menyertai sesi Sejam bersama Pakr STEM-Berfikir untuk Mereka Cipta melalui Youtube Live yang disampaikan oleh Dr. Zulkifli (Pengarah, Pusat Teknologi Tanpa Pemandu, Fakulti Kejuruteraan, UIA). Program ini adalah salah satu usaha Maxis dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti untuk mewujudkan pembelajaran secara digital kepada murid/pelajar yang memfokuskan tiga subjek utama iaitu, Bahasa Inggeris, Sains dan juga Matematik. Pada masa ini pelajar telah didedahkan cara untuk menyertai dan menyelesaikan cabaran dalam MISI Jelajah Digital. Peserta adalah seramai 2 orang murid dari SK Abg Buyuk Jerijeh.

Program yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit tayangan berkenaan E-Waste dan juga taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali