Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (Membuat Resume)
15 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2021, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (membuat resume) telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat resume dengan bimbingan staf PIK.
Program yang berlangsung sekitar jam 11.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta daripada Kampung Rajang.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: