Webinar PUPUK@Shopee Online Class by MCMC - Petua Pemasaran Untuk Kedai Shopee Anda! x MCMC
15 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2021, telah berlangsung Program Webinar PUPUK@Shopee Online Class by MCMC - Petua Pemasaran Untuk Kedai Shopee Anda! x MCMC, yang merupakan sebuah program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Shopee yang dilaksanakan secara atas talian menggunakan Livestorm. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan ekonomi digital khususnya usahawan di Malaysia dengan memberi pendedahan tentang cara membuka akaun Shopee serta perkongsian cara menjual serta membuat pemasaran produk. Pada kelas atas talian ini, terdapat 3 orang usahawan menyertai yang terdiri daripada ahli Persatuan Penjaja dan Usahawan Tanjung Manis.
Semoga segala input daripada program ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: